by sameon on 30 Jul 2008 01:16 AM
VIP ( Very Important Programmer ) PHP Programming Contest 2008 dan juga Talk akan di adakan di Melaka pada tahun ini pada 23/24 Ogos 2008.
Sedikit berbeza dari tahun sebelumnya, aktiviti dijalankan selama 2 hari. Agenda juga berbeza di mana hari pertama akan diadakan ceramah dan hari kedua akan diadakan PHP Programming Contest . Pada 23/8/2008 malam, aktiviti makan-makan akan diadakan dan konsep lightning talk akan dijalankan kepada sesiapa yang ingin berkongsi pengalalaman/ topik 15minit -- . Kepada sesiapa yang berminat untuk konvoi sila pergi ke http://www.php.net.my/forum/thread.php/9/3123 untuk berdiskusi. Anda boleh mengesahkan kehadiran di Talk pada halaman event di http://www.php.net.my/event/event_details.php?event_id=5 Untuk pendaftaran bagi pertandingan pengaturcaraan boleh mendaftarkan diri di http://veryimportantprogrammer.com/content/register di mana caj RM 30 akan dikenakan untuk kumpulan (gangstarz sahaja dibenarkan). Hadiah sebanyak 1000+700+300+100+100 akan diberikan kepada pemenang-pemenang. Juga t-shirt /mug /sticker akan diberikan kepada peserta dan juga pengunjung bertuah. Sila lawati halaman web http://VeryImportantProgrammer.com untuk maklumat lanjut.
|